Lunch aku ikan talapia bakar ,laki nak ayam penyet. Makan kasi kenyang2 sbb bila dah smpai KLIA2 nanti dok dendiam2 jew.
Sesampai jew di KLIA2 macam biasa, aku mmg dah siap check in, boarding pass semua dah siap so teruslah ke boarding gate.Cuaca masa tu Alhamdulillah, masa nak landing cantik betul muka bumi Thailand ni, nak snap gambar bateri pulak dah kong

Jam 6.30pm time bangkok kita orang dah selamat sampai di Don Mueang Airport, so terus cari bas nak ke Chatucak MRT Station. Tambang bas dalam RM2 je kot..dah lupa😅. Tapi time tu adalah waktu puncak dimana rakyat Thailand hendak pulang ke rumah masing2..lepas office hour ko.. maka lebamlah dalam bas tu mengadap jem. Dekat 1 jam juga nak smpai ke MRT station tu , klau ikutkan dlm 20mnt je boleh sampai.
So kalau korang nak pergi elakkan masa2 sebegitu ya.
Setibanya di Chatucak Market- MRT tu, kt org naik cab je ke hotel New York Suite Hotel, nama kemain tapi jadilah buat tidur semalam. Hotel biasa jew, yang penting ada wifi.Tapi macam siput khinzir lembap dia. Check in pon dah lewat badan dah letih, Masa ni kaki aku dah sakit tapi tahan je takut laki aku bising..hahaha
 |
Tidur semalam kat sini ,laki aku fefeeling mcm kat New York lah tu..hehe |
Lepas check in, kt orang keluar balik nak ke Talad Rot Fai Night Market atau Train Market. Tapi rupanya jauhnya dari hotel kita orang stay tu. Naik cab dekat RM30 hengget..bila tgk map mcm dekat je..laki aku dah jeling2 manja. Sebab dia mmg tak tau apa semua research yang aku buat, dia funder jew..so klau salah, mendapatlah aku kang...hahaha.Janganlah bila sampai sana tempat tu tak macam yang diharapkan.
Sangkaan ku benar belaka...hari Jumaat gerai tak banyak..kat situ weekend baru happening, segala mak bapak nenek moyang, live band, street foods sabtu ahad je penuh...huhu. Macam biasalah, laki aku dah bising ler. plus lapar lagi tak makan2 dari smpai tadi...hermm. So kt orang cari gerai makan yg halal macam susah pulak. Kat sini kata ada gerai halal tomyam tersedap, tapi tak buka pulak kedai tu, adoiii hampa lagi.
Talad Rot Fai Night Market, Srinakarin Road Soi 51, nak ke sini naik cab je senang.
Photo by Google
Ni Sign nak masuk dalam Market, ada kapal besar, suh laki aku bergambar depan ni dia dah merajuk..hahaha
kasut bundle banyaklah
Kat sini memng aku tak banyak amik gambar, sebab dah takda mood, hampa 😞😞
Dapatlah beli sebarang dua untuk anak-anak. Sebab anak dara aku dah pesan barang dia nak, dapatlah cari tu pun bila balik dia tak suka pulak baju tu..hermm. Nak balik kt org naik cab smpai hotel,,yang kelakar driver tu pula yang tanya kita orang jalan, dah macam ayam itik bercakap...nasib baik aku ada bawa kad hotel sekali.
Sampai sini dulu ya, next entri In Shaa Allah nak cerita hari kedua enroute kt orang ke Hatyai pula😎
|
Ulasan
Catat Ulasan